Tuesday 28 May 2013

3887_312460065520921_665986033_n

Sinopsis
Bermula dengan satu ketika selepas Zack dah xde, Zul Kapan pula meninggalkan RimbaBara kerana dapat kontrak bersama Malaikat Maut. Jijoe dan Black sudah kecewa dan berputus asa. Tapi Amy Mat Piah bersungguh2 mahu membangunkan semula Rimba Bara, dengan harapan dia dapat menjadi penyanyi utama Rimba Bara.

Jijoe, Black dan Amy memulakan pencarian pemain gitar baru menggantikan Zack. Dan berjumpa Slash. Pelbagai peristiwa terjadi apabila kumpulan ini sekali lagi mencuba nasib untuk membina nama di KL setelah di’kencing’ pada kali pertama mereka ke KL suatu ketika dulu.

gambar-filem-rock-oo-1

556276_254074031359525_852522744_n

Trailer





Watch online

Monday 22 April 2013

Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit



HANTU KAK LIMAH 2 - HUSIN, MON DAN JIN PAKAI TONCIT
PENGARAH: Mamat Khalid
PENERBIT: Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
GENRE : Ngeri, Komedi
MULA TAYANGAN : 07 Feb 2013
PELAKON: Awie, Usop wilcha, Rahshidi Ishak, Allahyarham Zami Ismail, Azwan Annuar, Adflin Shauki, Nuri, Adam Khalid, Man Kadir, Ezlynn, Avaa Vanja dan ramai lagi 
 



Sinopsis 

Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah," Husin yang telah muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang Husin berjumpa semula dengan geng lamanya & juga Mon, kekasih lamanya sewaktuKampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh, Nampaknya sejarah misteri 45 tahun dahulu telah kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di kampung itu kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura & mempelawa Husin menjadi pembantunya, namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri didapati hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi, & Nazari SMK gagal mengesan dimana Husin Berada. Yang tinggal hanyalah Mee Maggi Singapura. Didalam kekecohan itu muncul Dr. Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana hilangnya Husin. Apakah sebenarnya Berlaku??? Siapakah Yang Menculik Husin???


Teaser



Watch Online